kena pantang ke?
Perlu! Tetapi tidaklah melampaui batas kerana sekiranya seseorang mementingkan sesuatu dan terlalu taksub dengan amalan dan kesan kepadanya menjadi kurafat dan tidak diredhai Allah. Pantang-larang boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas majlis perkahwinan.
Pantang larang dan ada antaranya mempunyai sebab pantang larang wujud
- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
-Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu.
-Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri .
- Jangan tidur di rumah orang lain
-Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
- Jangan bebas keluar ke mana-mana
-Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
-Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.
- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah
- Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap
- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut
- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
- Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri
- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
- Elakkan terkena cahaya matahari
- Elakkan minum air soya
- Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
- Banyakkan baca surah-surah
-Sentiasa mengingati Allah.
- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.
- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
- Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.
- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama.
- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya
- Jangan buat kerja yang berat.
- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi
- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
- Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki
- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana