aDaT pErKaHwInAn KaUm Melayu...
  • uTaMa...
  • mErIsIk...
  • MeMiNaNg & BeRtUnAnG...
  • PeRnIkAhAn & PeRsAnDiNgAn
  • PaNtANg-LaRaNg...

~JeNiS pAnTuN~

Picture







Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna. 

Sudah lama langsatnya condong

Barulah kini batangnya rebah 
Sudah lama niat dikandung 
Baru sekarang diizinkan Allah 

Dari Pauh singgah Permatang 
Singgah merapat papan kemudi 
Dari jauh saya datang 
Karena tuan yang baik budi 

Kalau gugur buah setandan 
Sampai ke tanah baru tergolek 
Kami bersyukur kepada Tuhan 
Datang kami disambut baik 

Berapa tinggi pucuk pisang 
Tinggi lagi asap api 
Berapa tinggi Gunung Ledang 
Tinggi lagi harapan hati 

Kabung enau tebang satu 
Tebang sekali dengan sigainya 
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku 
Harapan dalam tutur katanya 

Besar api Teluk Gadung 
Anak buaya mengonggong bangkai 
Niat hati nak peluk gunung 
Apakan daya tangan tak sampai 

Sudah lama langsatnya condong 
Dahannya rebah ke ampaian 
Sudah lama niat dikandung 
Baru sekarang disampaikan 

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini: 

Perahu kolek ke hilir tanjung 
Sarat bermuat tali temali 
Salam tersusun sirih junjung 
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita 
Pelita dipasang atas peti 
Kalau sudah bagai dikata 
Sila terangkan hajat di hati 

Tidak pernah rotan merentang 
Kayu cendana dijilat api 
Tidak pernah tuan bertandang 
Tentu ada maksud di hati 

Tumbuk lada di atas para 
Ada kasut simpan di hati 
Tepuk dada tanya selera 
Apa maksud di dalam hati 

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan kehendak untuk ”memetik bunga di taman”. 

Daun raya di atas bukit 
Tempat raja menanam pala 
Harap kami bukan sedikit 
Sebanyak rambut di atas kepala 

Sudah lama kami ke tasik 
Tali perahu terap belaka 
Sudah lama kami merisik 
Baru kini bertatap muka 

Tinggi-tinggi si matahari 
Anak kerbau mati tertambat 
Sekian lama kami mencari 
Baru sekarang kami mendapat 

Raja Hindu raja di Sailan 
Singgah berenang di persiraman 
Bagai pungguk rindukan bulan 
Kumbang merindu bunga di taman 

Cendrawasih burung yang sakti 
Singgah hinggap di atas karang 
Kasih berputik di dalam hati 
Dari dahulu sampai sekarang 

Singgah berenang di persiraman 
Mayang terendam di dalam tasik 
Kumbang merindu bunga di taman 
Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Powered by Create your own unique website with customizable templates.