aDaT pErKaHwInAn KaUm Melayu...
  • uTaMa...
  • mErIsIk...
  • MeMiNaNg & BeRtUnAnG...
  • PeRnIkAhAn & PeRsAnDiNgAn
  • PaNtANg-LaRaNg...
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
TENTANG KAMI
Picture

PERKAHWINAN MELAYU ACARA GEMILANG,
NAMUN ADAT MENJADI TRADISI,
DI HARI PERSANDINGAN ZAMAN SEKARANG,
PANTANG LARANG NENEK MOYANG SENTIASA DIIKUTI.


KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GALERI PERKAHWINAN

GALERI PERKAHWINAN
Picture

Adat Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

    Kebanyakan masyarakat di Malaysia masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka apabila ingin melangsungkan perkahwinan. Antaranya merisik, meminang, bernikah dan majlis perkahwinan.  Walaupun pada zaman sekarang ramai yang tidak lagi mengikut aturcara sepanjang perkahwinan mereka berjalan, tetapi itu hanya sebilangan kecil sahaja. Sebahagiannya masih meneruskan tradisi ini. Bagi mereka, aturcara inilah yang menjadikan perkahwinan lebih meriah dan akan diingati sepanjang hayat. Pantang-larang nenek moyang juga tidak dilupakan bagi sesetengah mereka asalkan tidak melanggar syariat Islam seperti dari segi kesihatan,pantang-larang untuk  mengeratkan silaturrahim antara suami isteri dan  sebagainya.
    Kami menyediakan ruangan ini untuk berkongsi ilmu atau pengetahuan tentang adat perkahwinan dari sudut masyarakat Melayu. Semogaia akan memberi manfaat kepada masyarakat diluar sana bukan sahaja untuk tatapan masyarakat Melayu tetapi ilmu ini juga perlu diketahui oleh kaum-kaum lain seperti Cina dan India.


Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:

1. Untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat.

2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.

3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang

4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka.

5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan

6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan
PANTANG-LARANG DALAM PERKAHWINAN
Powered by Create your own unique website with customizable templates.